Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bina Jambatan Bengkok Terima...

JOHOR BAHRU - Cadangan bina semula jambatan bengkok, yang pernah diilhamkan Perdana Menteri,...

Perdana Menteri Britain Umum...

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mengumumkan akan meletak jawatan...

Istiadat Angkat Sumpah KM...

MELAKA - Yang Dipertua Melaka, Mohd Khalil Yaakob menangguhkan istiadat angkat sumpah ketua...

Pemandu Muslim Tawar Teksi...

LONDON – Simpati dengan nasib menimpa mangsa tragedi letupan di Arena Manchester kelmarin,...

Tempoh Khidmat Timbalan Pengerusi SPR Disingkat

KUALA LUMPUR – Tempoh perkhidmatan Tan Sri Othman Mahmood sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Turut mengalami serupa Ahli Suruhanjaya SPR, Datuk Md. Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi baharu SPR, Azhar Azizan Harun hari ini iaitu selepas lima hari Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober lalu.

“Memendekkan tempoh perkhidmatan mereka berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun Ahli Suruhanjaya, Datuk K.Bala Singam masih meneruskan perkhidmatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azhar berkata, keputusan pemendekkan tempoh perkhidmatan itu dipersetujui oleh mereka dalam satu perbincangan yang telah diadakan pada 15 Oktober 2018.


Kata beliau, perkara itu dicapai sebelum berita mengenai penubuhan tribunal khas disiarkan oleh pihak media pada 17 Oktober 2018.

“Surat bagi memohon perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk tujuan pemendekkan perkhidmatan itu telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara pada hari ini,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori