Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MRT Fasa Pertama Mula...

KUALA LUMPUR - Fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai...

Imigresen Kedah Tahan 15...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Kongsi Gambar Rumah Paling...

BRUSSELS - Seorang lelaki di sini merakam dan berkongsi sejumlah gambar di Instagram...

Setem “Negaraku” Sempena Hari...

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017, Pos Malaysia...

Tentera Thai Tembak Mati Anggota Kumpulan Bersenjata Di Songkla

SONGKLA – Seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan bersenjata di selatan Thai mati ditembak anggota pasukan keselamatan negara itu selepas insiden berbalas tembak selama lima minit di daerah Thepa, Songkla awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Bahagian ke-9, Mejar Jeneral Phot Suaisuwan berkata lelaki yang terbunuh itu dikenali sebagai Madaud Semsan, 40, dan berasal dari Kampung Piya di Sabayoi, Songkla.

“Dua lelaki lain turut ditangkap pasukan keselamatan sejurus selepas insiden itu,” katanya, dan menambah 100 anggota keselamatan Thai terlibat dalam operasi pengepungan terhadap sebuah rumah didiami suspek bermula 1 pagi (waktu tempatan).

Beliau berkata pasukan keselamatan turut menemui sepucuk pistol .38 bersama-sama mayat lelaki terbabit.

Suaisuwan berkata Madaud memiliki waran tangkap dari Mahkamah Wilayah Songkla atas dakwaan terlibat dengan kejadian samun enam buah kenderaan daripada sebuah bilik pameran di daerah Nathavi pada tahun lepas.

Ada antara kenderaan dicuri itu kemudiannya dipasang dengan bahan letupan, katanya. – BERNAMA

Kategori