Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi...

BANGKOK: Pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradisi ke atas 'Raja Dadah' warga Malaysia...

Waytha Moorthy Hadir Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy hadir di Ibu...

Lama Menghilang, Kim Jong-un...

SEOUL – Selepas dilaporkan ‘hilang’ selama enam minggu, pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim...

Polis Buru 11 Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua kumpulan terbabit dalam beberapa kejadian samun kedai...

Terjemahan Satu Bidang Yang Luas – Pakar Akademik

GEORGE TOWN – Terjemahan bukan satu bidang yang sempit dan terhad kepada satu atau dua cara konvensional sahaja sebaliknya ia adalah satu bidang yang luas termasuk dalam kehidupan seharian, kata pakar akademik.

Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Hasuria Che Omar berkata kebiasaannya, umum hanya memahami terjemahan itu sebagai satu bahasa yang diterjemahkan kepada satu bahasa yang lain.

Namun, beliau berkata sesuatu teks itu boleh diterjemah dalam pelbagai platform dan medium mengikut interpretasi seseorang penterjemah itu.

“Kami nak masyarakat tahu bidang terjemahan lebih luas daripada itu. Banyak benda yang boleh dikaji dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dekat luar pun sebenarnya secara tak langsung memang ada elemen-elemen terjemahan dalam kehidupan seharian, cuma kita yang tidak perasaan.

“Banyak benda yang boleh dikembangkan dan tatacara pengembangan itu bukan hanya terhad kepada satu atau dua cara yang konvensional. Ada konteks yang besar dan kaedah yang lebih luas yang boleh digunapakai untuk memindahkan maklumat itu daripada satu bahasa ke bahasa lain, daripada satu simbol ke simbol lain dan daripada satu platform ke platform yang lain,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Terdahulu, Hasuria menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pemindahan Intermodal Dalam Teks Kreatif Analisis Transadaptasi Komik kepada Teater Muzikal’ pada Seminar Terjemahan dan Interpretasi Antarabangsa (ISTrI) 2018, di sini hari ini.

Seminar tiga hari bertemakan Teknologi dan Media dalam Terjemahan & Interpretasi – Trend Semasa, Isu & Cabaran itu adalah anjuran bersama UniTI, USM dan The Graduate School of Translation and Interpretation, Beijing Foreign Studies University.


Hasuria berkata selain menterjemah teks, seseorang penterjemah itu memainkan peranan dalam menyebar luas maklumat terutamanya untuk masyarakat B40 yang mempunyai akses yang terhad.

“Penduduk yang tidak bernasib baik, tidak mempunyai pendapatan yang besar mungkin dia tak ada ‘access’ maklumat seperti internet dan sebagainya. Kita sebagai penterjemah selain daripada menyebar luas kepada masyarakat biasa, kita juga boleh cari satu jalan untuk hasilkan semula dan bagi kepada golongan yang tak ada kemampuan.

“Peranan kami sebagai penterjemah ialah ‘memandaikan orang’. Contohnya seseorang itu yang tidak tahu berbahasa Inggeris kita akan terjemah kepada bahasa yang mudah difahami,” katanya.

Mengulas mengenai kajiannya yang bertajuk ‘Pemindahan Intermodal Dalam Teks Kreatif Analisis Transadaptasi Komik kepada Teater Muzikal’ itu, beliau berkata hasil kajian mengenai komik Kampung Boy (1979) yang diadaptasi ke teater muzikal Kampung Boy (2011) itu akan dibukukan.

“Saya akan ‘finalise’ dan letak dalam bentuk buku. Setakat ini sudah 60 peratus siap, hanya tinggal nak buat kesimpulan dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Kategori