Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tular Buang Air...

SHAH ALAM: Seorang lelaki warganegara Australia didenda RM100 selepas mengaku bersalah membuang air...

Penduduk Panik Bangkai ‘Globster’...

PENEMUAN bangkai hidupan laut gergasi yang digelar ‘globster’ terdampar di sebuah pantai Filipina...

Bakar, Kencing Atas Al-Quran...

PEREMPUAN kurang ajar, Sheila Szmerekova, 24, yang sebelum ini merakamkan dirinya kencing di...

Cub Prix: Alor Setar...

SELEPAS dua tahun, Alor Setar kembali ke kalendar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia...

Tertimbus Separuh Badan, Nor Azizah Kongsi Detik Kejadian

GEORGE TOWN – Mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini, Nor Azizah berkongsi detik-detik insiden itu yang turut membabitkan suaminya, Subairi, seorang warga Indonesia.

Nor Azizah, 24, yang merupakan warga Kemboja itu berkata ketika kejadian, dia sedang berehat di ruang kongsi dan suaminya itu berada di satu sudut ruang menonton televisyen di rumah mereka.

“Ketika itu hujan baru berhenti dan saya terdengar macam bunyi kuat runtuhan tanah dan ia sekelip mata turut terkena di rumah kami yang mana separuh badan saya tertimbus.

“Suami ketika itu sudah jatuh dan tertimbus ke dalam tanah. Saya tidak dapat melihatnya lagi selepas berlaku runtuhan itu. Saya pula ketika itu ditolong oleh lima orang untuk menarik saya keluar,” kata ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang berusia dua tahun setengah ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sehingga kini jasad Subairi yang berasal dari Wasilomata, Buton Tengah, Sulawesi, Indonesia itu masih belum ditemui.

Bercerita lanjut, Nor Azizah yang setia menanti jasad suaminya di Jabatan Forensik itu berkata pada hari kejadian suaminya tidak bekerja dan mereka menghabiskan masa berehat di rumah kongsi itu.

Katanya beliau baru tinggal di Malaysia selama tiga bulan bagi menemani suaminya yang telah bekerja di sini selama lapan bulan. Anak pasangan berkenaan berada di Indonesia.


Nor Azizah berkata beliau reda dengan insiden dan dugaan yang menimpanya dan amat berharap jasad suaminya ditemui.

“Sangat-sangat harap suami ditemui dan setelah dijumpai, kami akan membawa suami pulang ke kampungnya. Semua sanak saudara, anggota keluarga dan anaknya tinggal di sana. Mereka juga sudah dimaklumkan dan menunggu jawapan (penemuan) ini,” katanya yang kelihatan sedikit pulih dan enggan lagi mengenang memori hitam itu.

Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala lima lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Mereka yang ditemukan maut setakat ini ialah dua warga Indonesia, seorang lelaki Bangladesh serta seorang wanita Myanmar. – BERNAMA

Kategori