Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sindiket Seleweng Gas LPG...

IPOH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menumpaskan...

Seorang Lagi Mangsa Rempuhan...

KUANTAN - Seorang lagi mangsa rempuhan lori di Kampung Sungai Soi petang semalam...

2 Jaguh Lompat Tinggi...

DUA jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei masing-masing...

Tabung Haji Nafi Ramai...

LEMBAGA Tabung Haji menolak khabar angin berlaku pengeluaran deposit beramai-ramai dan penutupan akaun...

The Star Perjelas Wawancara Mujahid Mengenai Serbuan Khalwat

PADA 6 Oktober, The Star menyiarkan berita pada halaman empat akhbar berkenaan dengan tajuk “Putting compassion into practice” dan “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims’ private life, says Mujahid” di The Star Online.

Perenggan pertama artikel itu menyebut “Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.”

The Star ingin menjelaskan bahawa perenggan tersebut bukan petikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Ia adalah berdasarkan jawapan kepada soalan: “Katakan seseorang melakukan zina di sebalik pintu tertutup, iaitu khalwat. Pegawai anda kini boleh memecahkan pintu dan menahan mereka. Adakah terdapat perubahan ini?”

Untuk rekod, menteri menjawab: “Isu penguatkuasaan apa yang anda panggil khalwat telah disalahgunakan – tidak semuanya, tetapi ada masa di mana ia telah dieksploitasi dan disalahgunakan.


“Penguatkuasaan terhadap khalwat termasuk dalam badan kehakiman negeri dan bukanlah di bawah bidang kuasa saya, tetapi kita boleh mempunyai platform di mana kita bertemu dengan semua pengarah jabatan hal ehwal Islam negeri dan berkongsi keprihatinan kerajaan persekutuan mengenai isu-isu ini.”

Kami menyesali kekeliruan yang ditimbulkan berdasarkan laporan tersebut. – The Star/mStar Online

Kategori