Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Operasi Cari,...

GEORGE TOWN - Operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh...

Dua Ditemui Mati Dalam...

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di...

Nasi ‘Vanggey’, Dari Ipoh...

KUALA LUMPUR - Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah dari Ipoh, yang terkenal kerana...

SSM Serbu Firma Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu ke sebuah syarikat di sini,...

Tiada Bukti Ganja Mampu Rawat Penyakit

KUALA LUMPUR – Ganja atau kanabis tidak boleh digunakan dalam bidang perubatan dan tiada bukti penggunaannya mampu merawat penyakit, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee berkata bahan itu tidak pernah diiktiraf sebagai ubat rawatan untuk penyakit kanser ataupun penyakit lain.

“Memang ganja tidak boleh digunakan untuk perubatan dan ia tidak diiktiraf sebagai ubat untuk rawatan kanser atau apa-apa penyakit lain,“ katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Terbuka Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) 2018 di sini, hari ini.

“Bagaimanapun, kabinet akan mengkaji perkara itu dan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami tidak ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya sebagai mengulas akan ura-ura membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, seperti di beberapa negara lain, termasuk beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Penggunaan ganja untuk perubatan juga mencetuskan polemik selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Muhammad Lukman Hakim pada 30 Ogos lalu atas kesalahan memiliki, memproses dan mengedarkan minyak diperbuat daripada kanabis atau ganja bagi tujuan perubatan.


Mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang didapati memiliki 200 gram atau lebih ganja akan didakwa atas kesalahan mengedar dadah, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

Kategori