Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes Zulfarhan Osman: Reman...

SEPANG - Tempoh reman bagi 32 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilanjutkan...

Penjawat Awam Di Kelantan...

KOTA BHARU - Semua 5,000 penjawat awam lelaki di Kelantan diwajibkan memakai songkok...

2,000 Imigran Seberangi Sempadan...

BANDAR Raya Mexico – Beribu-ribu orang yang bergerak dari negara-negara rantau Amerika Tengah...

Kedah Pertimbang Gabung Anak...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan menggabungkan mana-mana anak syarikat milik...

Tiada Kerjasama Antara UMNO Dan PKR – Zahid

KUALA LUMPUR – Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson baru-baru ini tidak menjanjikan peluang cerah buat UMNO untuk berbincang mengenai kerjasama politik dengan PKR.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dengan kemenangan bakal Presiden PKR itu, pihaknya memutuskan untuk tidak membuat sebarang langkah ke hadapan dengan parti itu.

Beliau berkata, namun apa yang paling utama bagi UMNO adalah menguatkan lagi blok pembangkang dalam memperjuangkan isu rakyat.

“Kita tidak membuat sebarang langkah tetapi kita terus memperkukuhkan barisan pembangkang. Kita dalam gagasan pembangkang ini untuk bawa isu-isu rakyat.

“Kita amat yakin isu-isu ini adalah perkara yang menjadi isu yang menjadi keresahan kepada rakyat keseluruhan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebagai Ketua Pembangkang, Ahmad Zahid sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan memenangi PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober lalu.


Beliau berharap, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Parlimen berupaya menterjemahkan erti sebenar demokrasi di negara ini.

“Saya bagi pihak UMNO dan sebagai ketua pembangkang ingin mengucapkan tahniah walaupun agak terlewat sedikit. Tetapi ucapan tahniah ini ialah satu pendirian kami siapa saja pun yang memenangi sebarang kerusi dalam PRK kita ucapkan tahniah.

“Semoga ia dapat menyumbangkan usaha menterjemahkan makna penuh demokrasi di negara ini,” katanya. – BH ONLINE

Kategori