Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RUU 355: Aswaja Kata...

KUALA LUMPUR - Haram untuk umat Islam menyokong ahli politik bukan Islam yang...

Tahniah Kepada Pelajar SPM...

SEREMBAN - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada calon Sijil...

Waris Tanah Kampung Baru...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) menggesa waris tanah di Kampung...

Mengapa Tunku Ismail Berundur...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam...

Tiada Kompromi Jika Terlibat Penyalahgunaan Dadah

KOTA SAMARAHAN – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan dikenakan tindakan tegas.

Panglima TDM, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata tiada kompromi dan beliau tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan anggota yang terlibat mengikut undang-undang tentera.

“Disiplin adalah perkara utama dalam TDM, ketepikan keselesaan hidup sebagai orang awam, selagi dalam tentera, peraturan tentera kita guna pakai dan tidak ada kompromi.

“Laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada anda sebaik mungkin, setiap anggota tanpa mengira pangkat memainkan peranan yang penting, bekerja secara profesional dan terpuji,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Jamuan Ringan sempena Lawatan Ulung Panglima TDM ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dan Divisyen Pertama Infantri Malaysia di Kem Muara Tuang di sini, hari ini.

Hadir sama, Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw.


Daripada segi menjaga keamanan di sempadan, katanya memang tidak dinafikan bahawa geografi Sabah dan Sarawak adalah luas dan berbeza sekali dengan keadaan di Semenanjung Malaysia.

“Sungguhpun ada kekurangan dari segi peralatan ketenteraan, namun ia tidak sesekali menjadi penghalang kepada kita dalam menjalankan tugas demi menjaga keamanan negara.

“Justeru kedatangan saya pada hari ini adalah penting bagi membincangkan hala tuju dan keperluan TDM dalam semua aspek sekali gus meningkatkan prestasi sedia ada agar TDM terus disegani,” katanya. – BERNAMA

Kategori