Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Benefits And Drawbacks Of...

About words, Article that either side of my. Essay for their whole working....

Hafreez Adam Enggan Timbul...

PELAKON, Hafreez Adam tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercakap soal peribadi secara terbuka...

Mersing Destinasi Pelancongan Utama...

JOHOR BAHRU - Beberapa inisiatif strategik dirangka bagi mengukuhkan kedudukan Mersing sebagai sebuah...

MBSA Beri Diskaun Kompaun...

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang melaksanakan kempen pengurangan kompaun...

Tiada Tempoh Laksana Pisah Kuasa AG, Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR – Kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi melaksanakan pengasingan kuasa Pejabat Pendakwa Raya Negara dengan Pejabat Peguam Negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk memisahkan peranan kedua-dua badan tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata bagaimanapun tiada tempoh masa ditetapkan untuk melaksanakan perkara itu.

Katanya untuk melaksanakan cadangan itu, kerajaan perlu meminda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan selain menyemak semula undang-undang berkaitan kuasa pendakwa raya dan peguam negara yang diperuntukkan menurut Kanun Tatacara Jenayah serta Akta Tafsiran 1948 dan 1967.

Hanipa menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata perkara lain yang perlu diteliti ialah keperluan mewujudkan perjawatan khusus untuk pendakwa raya dan sama ada timbalan pendakwa raya akan diletakkan bawah satu skim perkhidmatan yang berasingan daripada skim perkhidmatan pegawai undang-undang bagi menyokong pewujudan jawatan pendakwa raya.


Katanya kedudukan sama ada pendakwa raya akan menjadi ketua perkhidmatan bagi timbalan pendakwa raya juga perlu diteliti memandangkan pada masa ini peguam negara merupakan ketua perkhidmatan bagi semua pegawai undang-undang.

Hanipa berkata berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, peguam negara bukan sahaja berperanan sebagai pendakwa raya tetapi juga penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan jemaah menteri serta mana-mana menteri mengenai sebarang isu berkaitan undang-undang serta melaksanakan tugas lain yang bersifat undang-undang. – BERNAMA

Kategori