Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Melaka Rampas 250...

MELAKA - Polis Melaka merampas 250 set komputer dan komputer riba bernilai lebih...

#SayaDigital Bantu Masyarakat Celik...

KUALA LUMPUR - Program #SayaDigital dapat memainkan peranan penting membantu rakyat dan perniagaan...

Hidup Serba Kekurangan, Tak...

YOGYAKARTA (Indonesia) - Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ia bukan alasan untuk lelaki ini meneruskan...

Pencemaran Pasir Gudang, Jangan...

KUALA LUMPUR - Pasir Gudang kembali menjadi tumpuan apabila kejadian pencemaran industri berulang...

Tiada Toleransi Tukar Hak Milik Tanah Secara Haram

TAWAU – Tiada toleransi terhadap individu terlibat dalam kes penukaran hak milik tanah secara haram di Sabah khususnya di Tawau, tegas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Wong Sze Phin atau dikenali sebagai Jimmy Wong.

Beliau berkata jika perlu, siasatan akan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

“Banyak pemilik tanah hilang hak ke atas tanah mereka miliki selama ini kerana ada tanah ditukar milik tanpa pengetahuan mereka.

“Penukaran hak milik tanah ini dilakukan tanpa dokumen rasmi seperti surat ikatan penyerahhakan (Deed of Assignment),” katanya dan menambah, terdapat ramai pemilik tanah di Tawau hanya memegang Perjanjian Jual Beli sebagai bukti pemilik sah tanah tersebut tetapi geran tanah ditahan di Jabatan Tanah dan Ukur.

Beliau yang juga anggota dewan undangan negeri Sri Tanjong itu berkata demikian dalam satu majlis perjumpaan dan sesi dialog bersama Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untong, anjuran DAP Tawau di sini, hari ini.

Wong berkata, banyak aduan diterima berkaitan tanah di Sabah sepanjang lima bulan pertamanya memegang jawatan Pembantu Menteri, antaranya masalah wang pampasan yang masih belum diperolehi selepas pengambilan tanah oleh pihak kerajaan sebelum ini.

“Misalnya, pengambilan tanah dilakukan di kawasan Gudang Empat bagi tujuan pembinaan Empangan Cinta Mata selain tanah sekitar Jalan Airport Tawau untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Tawau-Sandakan.

“Pembinaan Jalan Airport berkembar dua hala ini telah lama siap dan pemilik tanah yang terbabit dengan pengambilan tanah belum menerima pampasan,” katanya.

Dalam pada itu katanya pentadbiran di bawah kerajaan sekarang komited untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah dihadapi dan berharap rakyat dapat bersabar kerana terdapat rombakan terhadap sistem lama untuk ditambah baik.

“Diharap sesi dialog bersama Pengarah Jabatan Ukur dan Tanah Sabah ini memberi peluang kepada penduduk Tawau menyelesaikan isu tanah dihadapi mereka sejak 10 hingga 30 tahun lalu,” katanya dan menambah bahawa program dialog itu akan diadakan pada setiap tahun.


Sesi dialog itu dimanfaatkan oleh 300 pengadu dari sekitar Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Kampung Pasir Putih Baharu Tawau (PENGGIAT), Noorala Muh Tang, 36, berkata kehadirannya ke sesi dialog itu adalah mewakili lebih 5,000 penduduk bagi mendapatkan kepastian status pewartaan Kampung Pasir Putih Baharu sebagai sebuah penempatan dalam rekod Jabatan Tanah dan Ukur.

“Harapan saya agar kampung kami diiktiraf sebagai sebuah perkampungan kerana masalah ini telah berlanjutan sejak 20 tahun lalu dan diharap penduduk (dari 800 rumah) boleh memiliki geran individu,” katanya.

Bagi Arsad Lile, 67, program anjuran DAP Tawau itu membantunya bersuara berkaitan tanah satu lot di kawasan Kalumpang iaitu Sempadan Kunak-Semporna yang dibangunkannya dan dipohon sejak 1982 namun sehingga kini tiada maklum balas.

“Saya banyak menghabiskan masa turun naik Pejabat Tanah dan Ukur di Semporna, Tawau dan Kota Kinabalu sepanjang 36 tahun ini tetapi tiada penyelesaian,” katanya lagi.

Sementara itu, Safar berkata maklum balas akan diberikan secepat mungkin terhadap isu atau permohonan dikemukakan oleh pemilik tanah pada sesi dialog itu.

“Antara isu dibawa dalam sesi dialog hari ini termasuk masalah pindah milik tanah, pembayaran pampasan tanah, tukar syarat guna tanah dan ada isu yang telah diselesaikan pada hari ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori