Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Akta Hasutan Bakal Diganti...

SUNGAI BESAR - Akta Hasutan 1948, jika dimansuhkan, bakal digantikan dengan satu akta...

Siti Buhari Mahu Contohi...

ANAK bongsu pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Siti Nur...

K’jaan Usaha Bendung Belia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil pendekatan terbaik bagi mengawal dan mencegah belia...

Beri Kebebasan Kepada Muller...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malaysia Airlines (MAS), Christoph Mueller...

Tiada Unsur Sabotaj Kematian Lelaki Pengganas Perancis

KUALA LUMPUR – Tiada unsur sabotaj dalam kemalangan van polis yang menyebabkan kematian lelaki warga Perancis, yang disyaki terlibat ideologi Salafi Jihadi, di Hospital Sungai Buloh pada Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata van dinaiki Mickael Alain Louvier bersama beberapa anggota polis hilang kawalan apabila tayarnya meletup di KM428.3 Lebuhraya Utara Selatan, Bukit Beruntung dekat sini pada Jumaat.

“Kemalangan itu mengakibatkan anggota polis serta suspek terpelanting dan suspek yang dirawat (akibat cedera) tidak dapat diselamatkan.

“Tohmahan mengatakan ada unsur sabotaj adalah tidak benar,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bank Muamalat Berhad dan Yayasan Pengaman Malaysia di sini, hari ini.

Bank Muamalat Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid manakala Yayasan diwakili Timbalan Pengerusinya Tan Sri Hussin Ismail.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek dibawa menaiki van itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.


“Kita perlu dia untuk jalankan siasatan bagi mendapat bukti serta pengeledahan dan lain-lain,” katanya sambil menambah pihaknya mempunyai bukti kukuh suspek terlibat aktiviti penyebaran ideologi Salafi Jihadi dan Daesh.

Pada 24 Sept, suspek merupakan antara lapan lelaki yang ditahan dalam operasi di Perlis kerana disyaki terlibat dalam tindakan memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan bagi menyebarkan ideologi itu.

Ditanya sama ada pihaknya mengesan penyebaran ideologi Salafi Jihadi dan Daesh selain di Perlis, Mohamad Fuzi berkata siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung perkara ini.

“Penyebaran ideologi ini memang kita haramkan dan tidak akan bertolak ansur kerana ia akan menjadi ancaman,” katanya. — BERNAMA

Kategori