Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Khidmat PM Dihad 2...

KOTA BHARU - Cadangan agar tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan dua penggal sahaja...

Tasha Shilla Desak TV3...

TERKESAN dengan soalan diajukan wartawan program hiburan Melodi, aktres Tasha Shilla mendesak agar TV3...

Banjir: 53,040 Mangsa Masih...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di tiga negeri sedikit berkurangan dengan 53,040...

Kapal Pelayaran Dipasang Roller-Coaster

FLORIDA - Syarikat perkapalan antarabangsa, Carnival Cruise Line bercadang melancarkan sebuah kapal pelayaran...

Tidak Perlu Ke Luar Negara Cari Jho Low

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu bertindak secara peribadi dan pergi ke luar negara dalam usaha mengesan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata adalah lebih baik supaya Hishammuddin bekerjasama dengan kerajaan sekiranya mempunyai maklumat tertentu mengenai keberadaan Jho Low.

“Cara terbaik buat dia (Hishammuddin) adalah untuk bagi maklumat kepada kementerian, tidak perlu untuk dia ke sana (mencari Jho Low di luar negara).

“Dengan maklumat itu pada pihak kita, baik polis atau kementerian akan tahu bagaimana nak cari Jho Low,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga bekas menteri pertahanan baru-baru ini berkata beliau secara peribadi sedia membantu mengesan Jho Low bagi menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Hishammuddin berkata beliau akan menggunakan hubungan baiknya dengan pemimpin China untuk membawa pulang Jho Low yang berkemungkinan berada di negara republik itu untuk berdepan muka pengadilan. – BERNAMA

Kategori