Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Erra Fazira Sahkan Kekasihnya,...

KUALA LUMPUR - Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti...

Kami Tak Lompat Parti,...

KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli menjelaskan pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar dan Khairi...

MARA Cadang Bina MRSM...

KOTA BAHARU - Majlis Amanah Rakyat (MARA) bercadang membina Maktab Rendah Sains Mara...

Polis Kesan Modus Operandi...

KUALA LUMPUR - Polis mengesan sindiket perjudian haram yang mengubah modus operandi (MO)...

Tidak Salah Rafidah Kritik PH – Anwar

PORT DICKSON – Tindakan Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana gagal mengotakan janji dan dibelenggu manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 tidak salah, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu berkata beliau menghormati pandangan tersebut dan menyifatkan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu adalah seorang pemimpin yang memiliki pengalaman luas dan sering memberikan nasihat.

“Beliau (Rafidah) adalah seseorang yang memberikan nasihat yang baik… beliau mempunyai pengalaman untuk meneliti pekara-perkara seperti ini, jadi tak salah dia komen,” katanya kepada pemberita ketika tinjauan mesra program Pasar Jualan Harapan Rakyat di Pernama Kem Port Dickson, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pertama kali turun berkempen untuk Anwar di PRK itu sejak keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Semalam, Rafidah dilaporkan berkata beliau terkilan kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberitahunya untuk memegang portfolio Kementerian Pendidikan, namun tidak dilakukannya.

Rafidah yang pernah menerajui Wanita UMNO turut beri amaran bahawa tidak mustahil kerajaan PH akan hilang kuasa sekiranya tidak dapat buat keputusan penting hanya kerana terikat dengan manifesto yang dijanjikan.


Dalam pada itu, Syed Hamid turut bersetuju dengan pandangan Rafidah yang disifatkannya kerajaan terlalu bergantung kepada manifesto.

“Apa yang Rafidah cakap itu memang betul. Mana-mana parti politik cuba menunaikan manifesto mereka tetapi itu perlu bergantung kepada kemampuan kewangan.

“Apa yang penting sekali ialah rakyat sekarang mahukan kebebasan, masyarakat terbuka dan wakil rakyat yang mesra serta setia kawan,” katanya. – BERNAMA

Kategori