Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Duta Besar Korea Utara...

PELABUHAN KLANG - Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadap dalam...

7-Eleven Di Indonesia Tutup...

JAKARTA - Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam 7-Eleven...

18 Hospital Mula Tawar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 hospital terpilih di seluruh negara telah mula menawarkan...

Jangan Bongkak Dan Ego...

MELAKA - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diselar agar tidak...

3 Warga India Jual Arak Tiruan Murah Ditahan

KUALA LUMPUR — Tiga lelaki warga India ditahan disyaki edar arak tiruan murah kepada peruncit di sekitar Selayang dan Desa Jaya berikutan kematian enam lelaki warga Myanmar baru-baru ini kerana keracunan metanol.

Kesemua suspek ditahan di rumah sewa mereka di Taman Bukit Desa, di sini pada 2.45 awal pagi ini dalam op metanol.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kesemua suspek masing-masing berumur lingkungan 30-an itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, dan bergiat aktif dalam kegiatan berkenaan selama enam bulan di negara ini.

“Polis rampas sebanyak 870 botol minuman keras dan 271 tin minuman keras dan kami menjangkakan akan ada rampasan lagi (rampasan minuman keras),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan.

Samsor berkata kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi ini bagi membanteras jenayah penjualan arak murah di sekitar Gombak.

Ditanya sekiranya ada mencatatkan kematian terbaharu berhubung kes keracunan metanol di daerah Gombak, Samsor berkata tiada setakat ini.

Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dalam kenyataannya melaporkan sebanyak 59 kes dilaporkan di Selangor membabitkan 27 kes kematian, dengan dua kes kematian lagi dilaporkan di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • arak

Kategori