Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

D’Herbs Hampir Pasti Taja...

ALOR SETAR - Juara Liga Perdana 2015, Kedah semakin hampir mendapatkan syarikat bumiputera...

Kit Siang Takut Isytihar...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Prabakaran Nafi Ditawar RM25...

NAFI... Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran hari ini sangkal dakwaan beliau ditawarkan RM25...

Kedah Rampas Kedudukan Teratas...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kedah merampas kedudukan teratas Liga Super selepas membenam pendahulu...

3 Lelaki Samun Kedai Emas, Kerugian RM500,000

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di kawasan Bangi Avenue, Kajang, mengalami kerugian kira-kira RM500,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjata tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.47 tengah hari apabila tiga lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol dan tukul besi masuk ke premis itu.

“Menurut saksi, dua daripada suspek bertindak memecahkan cermin kaunter pameran (emas) menggunakan tukul besi, manakala seorang lagi suspek bersenjatakan objek menyerupai pistol menunggu di bahagian luar premis,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

“Siasatan polis juga mendapati semasa kejadian, terdapat dua pekerja wanita yang sedang bertugas dan kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kejadian itu yang berdurasi selama dua minit itu telah dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV).


Kesemua suspek meloloskan diri menggunakan dua motosikal. – BERNAMA

Kategori