Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1,429 Kes Demam Denggi...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 1,429 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu sehingga...

Berkongsi Masalah Atasi Tekanan...

KUALA LUMPUR – Individu mengalami tekanan kerja yang teruk serta tanda-tanda awal kemurungan...

UMNO Kutuk Samakan LTTE...

UMNO desak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kaji semula kewujudan badan pengganas Liberation Tigers...

Masjid, Rumah Penduduk Islam...

MILITAN Buddha di Sri Lanka sengaja mencetuskan konfrontasi dengan membakar rumah-rumah penduduk Islam...

Tiga Sebab Perlu Pilih Calon PAS

SHAH ALAM – Pemuda Pas menggariskan tiga sebab pengundi muda perlu memilih calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson.

Pengarah Strateginya, Syahir Sulaiman berkata tiga perkara itu sebagai isyarat jelas daripada anak muda.

“Pertama sebagai isyarat anak muda tolak pembohongan dan kegagalan PH menunaikan janji manifesto seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan kos sara hidup.

“Kedua, isyarat anak muda tolak politik peribadi yang mempertaruhkan nasib rakyat, agama, bangsa dan negara, dengan pelbagai langkah sumbang.

“Ketiga, isyarat anak muda mahu perubahan sebenar, dengan memilih Islam sebagai penyelesaian dan meletakkan Islam di hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.


Pas meletakkan bekas pegawai tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, 57 bagi merebut kerusi Port Dickson selepas ia dikosongkan penyandangnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. – Sinar Harian Online

Kategori