Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa Eksploitasi Anak...

ALOR SETAR - Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan...

3 Cedera Parah Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiga cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan satu...

Polis Tahan 39 Kaki...

TELUK INTAN - Polis menahan 39 kaki judi dalam dua penjaga premis perjudian...

Malaysia Akan Bina Hubungan...

KUALA LUMPUR - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman...

Timbalan Menteri Kata Tidak Setuju Akta Hasutan

KOTA KINABALU – Tidak bersetuju dengan Akta Hasutan, tetapi mengapa masih ada rakyat masih ditahan di bawah akta itu sejak Malaysia ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH)

Itu persoalan yang mungkin wajar ditujukan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri kerajaan PH, Datuk Mohd. Azis Jamman.

Beliau ketika ditemui petugas media di sebuah program di sini mendakwa tidak pernah menyokong pelaksanaan Akta Hasutan 1948 dikenakan terhadap mana-mana individu.

“Saya tidak pernah kata saya setuju dengan penggunaan Akta Hasutan ke atas mana-mana individu.

“Saya secara peribadi tidak bersetuju kerana akta itu hanya diguna pakai BN untuk kepentingan politik,” katanya pada Pra-Pelancaran Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Sabah 2018 hari ini.


Beberapa pihak semalam membidas Mohd. Azis kerana membeli alasan polis cuma mengikuti prosedur dalam menjalankan penangkapan di bawah Akta Hasutan.

Mohd. Azis dipetik berkata, polis menangkap Azman Noor Adam, adik kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam kerana Akta Hasutan masih belum lagi dimansuhkan.

Memansuhkan Akta Hasutan merupakan salah satu janji PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah membuat janji yang sama kepada rakyat. – Mynewshub.tv

Kategori