PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai Pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuat kuasa hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Shakib adalah bagi menggantikan Datuk Fauzi Ayob yang telah menamatkan perkhidmatan kontrak setahun pada 1 Jan lalu (2018).
Gobind turut mengumumkan pelantikan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM Fairul Azida Shahabudin sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pengarah FINAS bagi menggantikan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Pelantikan itu juga berkuat kuasa hari ini. – BERNAMA