Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Undi 18 Penentu Keputusan...

SABTU lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan...

Kek Ekonomi, Cash Is...

Kenyataan berhubung kek ekonomi, "cash is king" dan harga ayam pada Debat Perdana...

Pembunuh Gadis Kurus Mati...

Mexico ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seorang pembunuh wanita yang digelar Gadis Kurus ditemui mati dalam keadaan...

Tan Cheng Hoe Tunggu...

ALOR SETAR - Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menyatakan beliau hanya menunggu masa...

TMJ Tubuh Kelab Motosikal Southern Outlaws

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menubuhkan kelab motosikal berkuasa tinggi dikenali sebagai “Southern Outlaws Motorcycle Club”.

Laman Facebook rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, Tunku Ismail untuj menyatupadukan para penunggang motosikal berkuasa tinggi di negeri Johor.

“Baginda sentiasa mengkagumi semangat keakraban yang dimiliki oleh para penunggang motosikal.

“Seperti kebanyakan kelab-kelab motosikal berkuasa tinggi lain di seluruh dunia, Southern Outlaws akan menggunakan hierarki yang lebih kurang sama di mana akan ada peranan seperti ‘Founder’, ‘President’, ‘Vice President’, ‘Sergeant At Arms’, ‘Secretary, ‘Treasurer’, ‘Road Captain’ dan sebagainya,” kata laman Facebook itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laman Facebook tersebut, “Southern Outlaws Motorcycle Club” bagaimanapun adalah terbuka kepada semua motosikal berkuasa 500cc ke atas di seluruh negara.

Jelas laman Facebook itu, mereka yang berminat terlebih dahulu perlu melalui peringkat ‘Hangarounds’ dan ‘Prospect’ sebelum menjadi ahli penuh.


“Ini peringkat dimana mereka perlu menunjukkan komitmen mereka kepada kelab dengan hadir mengikuti aktiviti-aktiviti yang kelab lakukan. Tiada pendaftaran diperlukan sehingga menjadi ahli penuh,” jelas kenyataan itu

Tambah Facebook berkenaan, “Southern Outlaws Motorcycle Club” kini sedang dalam proses mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sebelum memulakan sebarang aktiviti.

“Southern Outlaws juga akan memiliki peratusan saham tertentu dalam JDT,” kata kenyataan itu lagi. – Mynewshub.tv

Kategori