Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ATM Jaga Kebajikan Keluarga...

MELAKA - Kementerian Pertahanan akan memastikan kebajikan keluarga pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten...

Selepas Suami Disiasat PDRM,...

PETALING JAYA : Siasatan ke atas suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),...

Fasha, Aidil Bertunang Tak...

KUALA LUMPUR - Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Sejak beberapa hari lalu, kecoh...

Boleh Kongsi Maklum Balas...

KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh berkongsi pandangan dan maklum balas mengenai Proklamasi Darurat...

TUDM Bawa Jengkaut Seberat 22 Tan Ke Palu

KOTA PALU (Sulawesi) – Pesawat A400M miliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini berjaya membawa sebuah jengkaut seberat 22 tan bagi membantu misi kemanusiaan bencana gempa dan tsunami yang melanda Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah pada 28 September lepas.

Menurut Pegawai Memerintah 22 Skuadron yang juga juruterbang pesawat itu Leftenan Kolonel Baharin Mohamad, aset berkenaan merupakan jentera terberat yang pernah terbang dengan pesawat berkenaan.

“Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri kira-kira pukul 4.50 petang waktu tempatan walaupun cuaca agak berangin dan berawan,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Sebelum ini pesawat A400M TUDM hanya membawa muatan lori tangki minyak seberat 12 tan selain bekalan makan.

Misi kemanusiaan mangsa bencana gempa dan tsunami di Palu serta Donggala bermula pada 4 Oktober lepas menggunakan pesawat A400M untuk penghantaran bantuan ke Palu selain sebuah lagi pesawat C130H milik TUDM yang berpangkalan di Labuan.

Pada 28 September, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala menggoncang Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah yang disusuli dengan tsunami setinggi tiga meter. – BERNAMA

Kategori