Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SKMM Perlu Ambil Tindakan...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta Suruhanjaya...

Ozlyn Kongsi Kisah Malam...

SEBUT sahaja nama Johan Raja Lawak pasti ramai yang mengenalinya apatah lagi sering...

3 Kemalangan Serentak, ‘Misteri’...

SERING kali kita dengar tentang kemalangan dan kisah misteri yang berlaku di kawasan...

Trend Imbang HP Atas...

GADIS-GADIS di rantau Asia Timur ketika ini dilanda trend baharu iaitu imbang telefon...

TUDM Mula Hantar Misi Bantuan Ke Sulawesi

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menghantar sebuah pesawat A400M untuk memulakan misi bantuan kemanusiaan bagi mangsa tsunami dan gempa bumi di Palu, Sulawesi, Indonesia.

Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Datuk Muhammad Mudzamir Ong Abdullah TUDM berkata penerbangan pertama akan bertolak awal pagi esok ke Jakarta sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Palu, Sulawesi.

“Pesawat A400M akan digunakan untuk mengangkut peralatan-peralatan seperti jentera berat untuk misi menyelamat mangsa dari Jakarta ke Palu.

“Operasi sebenar akan bermula dari Jakarta ke Palu yang akan mengambil masa dua jam 45 minit dan untuk misi ini kita akan membuat dua penerbangan dari Jakarta ke Palu setiap hari untuk tempoh operasi selama empat hari,” katanya kepada pemberita selepas memeriksa persiapan misi, di sini malam ini.

Menurutnya pesawat A400M tidak menghadapi banyak masalah untuk mendarat di Palu kerana ia mampu untuk terbang dan mendarat di landasan yang pendek.

Gempa bumi disusuli tsunami yang melanda pulau Sulawesi, Jumaat lalu, telah menyebabkan kemusnahan serta ratusan maut dalam bencana dahsyat tersebut.

“Kerajaan Indonesia sememangnya menantikan bantuan daripada pihak TUDM yang memiliki pesawat pengangkut A400M yang berkeupayaan untuk membawa muatan bersaiz lebih besar serta lebih berat berbanding kemampuan pesawat C130H,” katanya.


Katanya TUDM sentiasa dan akan terus komited untuk menghulurkan bantuan serta memberi kerjasama yang padu terutama dalam kalangan negara serantau yang mengalami keadaan darurat seumpama itu.

Misi ini disertai oleh 23 anggota TUDM dan tiga wakil media tempatan dengan membawa muatan bekalan seberat 22 tan.

Gempa bumi disusuli tsunami sehingga enam meter yang menjejaskan Palu dan Donggala itu menyebabkan lebih 1,200 mangsa terkorban manakala lebih 50,000 orang hilang tempat tinggal.

Laporan media menyebut lebih 200,000 mangsa gempa memerlukan bantuan kecemasan segera. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TUDM

Kategori