Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kisah Gelandangan Iran Tepis...

TERBAIK... Para peminat bola sepak yang menonton perlawanan akhir kumpulan B Piala Dunia...

Polis Kelantan Rampas Dadah...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM89.1 juta dan...

Yakin Cipta Kejutan Menentang...

KUALA LUMPUR - Ketua pasukan hoki wanita kebangsaan, Siti Noor Amarina Ruhani yakin...

Mereka Di Dataran Merdeka!...

KESAL... Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil membidas sikap Ahli...

Tular Budak Pinjam RM50 Sebenarnya Dibantu JKM

BESUT – Kisah seorang kanak-kanak yang tular di media sosial kerana meminjam wang ekoran kemiskinan rupa-rupanya mempunyai kisah di sebaliknya, dan lebih memeranjatkan, keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM).

Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu, Zuhami Omar ketika dihubungi Bernama berkata keluarga tersebut pernah mendapat bantuan segera daripada JKM pada akhir Disember 2017 ketika membuat lawatan ke kediaman mereka.

“Selepas itu, keluarga tersebut juga telah menerima bantuan kanak-kanak sebanyak RM300 sebulan atas nama ibu namun bantuan tersebut kemudiannya dipindahkan kepada nama bapa saudara kanak-kanak terbabit.

“Kita bukan menghentikan bantuan tetapi menukarkan nama penerima bantuan tersebut atas sebab tertentu… buat masa sekarang dua daripada anak wanita berkenaan tinggal bersama nenek mereka (ibu bekas suaminya) di daerah yang sama juga,” katanya.

Tambah Zuhami, pihak JKM sentiasa memantau keadaan keenam-enam anak wanita terbabit dari semasa ke semasa walaupun masih di bawah jagaan keluarga.

Kisah keluarga yang tinggal di Pengkalan Nyireh, Besut itu mendapat perhatian di laman Facebook dan dikongsi lebih 3,000 pemilik akaun, apabila seorang individu memuat naik video yang memaparkan kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun datang ke rumahnya untuk meminjam RM50. – BERNAMA

Kategori