Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Sedihnya.. Dihalau Ibu Dari...

KASIHAN.. empat kanak-kanak perempuan berusia 2 hingga 7 tahun dilaporkan ditemui berlegar tanpa...

Pelajar Soal Dr Zakir...

PERMAISURI - Penuntut perubatan, Siti Hajar Rasid, 19, yang dikecam di laman sosial...

Isu Calon PM Tidak...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan tidak mempunyai masalah untuk menerima sesiapa sahaja menjadi...

Najib Tonjol Penting Input...

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan terus mengalu-alukan...

Turki Dakwa Wartawan, Jamal Khashoggi Mati Dibunuh

ISTANBUL -Polis Turki akhirnya membuat andaian bahawa wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi mati dibunuh ketika berada di dalam bangunan perwakilan negara itu di Istanbul, selepas beliau dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya wartawan itu dibunuh oleh sekumpulan individu yang dihantar khas ke Istanbul dan meninggalkan Turki pada hari yang sama,” kata pegawai kanan kerajaan yang enggan dikenali kepada AFP.

Berita mengenainya mula tersebar selepas pihak polis mengesahkan kira-kira 15 warga Arab Saudi, termasuk pegawai kanan dari negara itu, tiba di Istanbul dalam dua penerbangan berasingan pada Selasa.

Kesemua mereka dikatakan berada di bangunan konsulat itu, ketika Jamal dilaporkan mengunjungi pejabat berkenaan.

Terdahulu, polis memaklumkan agensi berita Anadolu, bahawa Jamal yang bertugas dengan akhbar Washington Post tidak keluar dari bangunan terbabit.


Jamal yang dianggap kritikal terhadap beberapa dasar yang dilaksanakan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, termasuk campur tangan Riyadh dalam perang di Yaman, hidup dalam buangan di Amerika Syarikat sejak tahun lalu, bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa negara itu.

Sebelum ini, dalam temubual bersama Bloomberg, Putera Mahkota Arab Saudi menolak dakwaan bahawa wartawan itu berada di dalam bangunan konsulat dan beliau sedia membenarkan pihak berkuasa Turki untuk menggeledah bangunan terbabit. – AFP/BH ONLINE

Kategori