Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Hidang Secara Kasar,...

RAKAMAN video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan pelanggan dan beberapa individu di sebuah...

118 Pegawai, Anggota TUDM...

BUTTERWORTH- Seramai 118 pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyertai Eksesais...

Aplikasi Papar Gambar Peti...

SAMSUNG memperkenalkan satu aplikasi dating terbaharu dengan cara yang unik, dengan memaparkan gambar-gambar...

Ubah Lirik, Nidji Tak...

NYANYIAN semula lagu Hancur Aku oleh kumpulan Nidji menyebabkan ramai yang berasa ada...

Turki Minta Bukti Wartawan Tinggalkan Konsulat

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan mencabar Arab Saudi agar membuktikan wartawan yang hilang telah meninggalkan konsulatnya di Istanbul.

Wartawan warga Saudi, Jamal Khashoggi kali terakhir dilihat hadir ke konsulat itu minggu lalu.

Turki meminta untuk satu carian dibuat di konsulat itu, selepas mendakwa Khashoggi dibunuh di dalam bangunan itu.

Arab Saudi menafikan dakwaan itu.

“Pegawai konsulat tidak boleh melepaskan diri dengan mengatakan beliau sudah meninggalkan bangunan itu,” kata Erdogan dalam satu sidang media.

Ahad lalu, pegawai Turki berkata penyiasat mempunyai bukti kukuh pembunuhan, yang didakwa dilakukan oleh satu pasukan 15 orang yang tiba di Turki minggu lalu.


Tidak ada bukti lagi yang didedahkan kepada umum. Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebelum ini berkata pihak Turki boleh melakukan carian di konsulat itu kerana tidak ada apa yang mahu disembunyikan.

Khashoggi pergi ke konsulat Arab Saudi di Istanbul itu Selasa lalu untuk dapat dokumen pengesahan beliau sudah cerai bekas isterinya, untuk membolehkan berkahwin dengan tunangnya berbangsa Turki, Hatice Cengiz.

Pegawai Turki berkata Khashoggi dibunuh di bangunan konsulat dan mayatnya dibawa keluar.

Ketua Persatuan Media Turki-Arab, Turan Kislakci memberitahu akhbar New York Times yang polis Turki yang berkawal di konsulat telah memeriksa kamera keselamatan dan tidak nampak wartawan itu keluar.

Tetapi katanya ada kelihatan beberapa kenderaan diplomatik keluar masuk. – Agensi

Kategori