Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pasport Malaysia Ranking Ke-5,...

KUALA LUMPUR - Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi...

Perak Bincang Permit Masuk...

TAPAH : Penguatkuasaan permit memasuki hutan simpanan kekal (HSK) bagi menjalankan aktiviti rekreasi...

AS Lulus Dos Keempat...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan suntikan dos keempat vaksin Covid-19 bagi individu berusia...

Bantuan Persekolahan Genius Di...

LANGKAWI - Program Gerak Nikmat Insan ke Sekolah (Genius) yang diperkenalkan Menteri Besar...

UiTM Rancang Wujud Pusat Kecemerlangan Sekuriti Siber

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) bercadang mewujudkan pusat kecemerlangan mengenai sekuriti siber di universiti itu dalam tempoh terdekat, sebagai usaha memperkasa bidang keselamatan siber di negara ini.

Timbalan Naib Canselor UiTM (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) Prof Dr Zaini Abdullah berkata pusat itu bakal dimanfaatkan pihak universiti untuk mengkaji dan meneliti langkah sesuai bagi menangani ancaman dan jenayah siber yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Perancangan mewujudkan pusat ini masih dibincangkan, paling baik kita kena ada pengiktirafan daripada kementerian berkaitan yang menyatakan bahawa ia adalah pusat kebangsaan berhubung sekuriti siber.

“Saya juga bercakap dengan beberapa pemain industri berkaitan dan saya berharap mereka boleh menjadikan UiTM sebagai pusat pengurusan sekuriti siber…diadakan latihan serta penyelidikan, dan apa perlu dilakukan sekarang ialah menandatangani perjanjian untuk wujudkan pusat ini di UiTM kerana kita ada kapasiti melaksanakannya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan ‘i-Hack 2018’ anjuran UiTM di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yasin.


Zaini berkata selain pembabitan pelajar dan pihak universiti secara langsung, beliau juga mahu penyertaan daripada agensi berkaitan termasuk SKMM supaya pusat tersebut dapat melahirkan pakar dalam menangani isu ancaman siber sekali gus menjadikan alam siber di negara ini lebih selamat.

“Menerusi usaha ini, kita mahu pelajar dan generasi muda turut diberi pendedahan menyeluruh berhubung isu keselamatan siber.

“Mereka ini perlu dididik supaya tidak menjadi mangsa dan pemangsa dalam kes jenayah siber kerana kumpulan ini paling ramai menggunakan media sosial,” katanya. – BERNAMA

Kategori