Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nahas Rombongan Guru: Jenazah...

ALOR GAJAH - Jenazah seorang lagi mangsa kemalangan bas di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang...

Fenomena Alam ‘Cincin Berapi’...

SHAH ALAM - Fenomena Gerhana Matahari Anulus yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia...

Tak Lindungi Ahli Politik...

LUMUT - Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk...

Peniaga Dodol Hadapi Tuduhan...

MELAKA - Seorang pemilik syarikat perusahaan dodol di negeri ini mengaku tidak bersalah...

UMNO Akui Kesilapan, Sedia Bangkit Teruskan Perjuangan

PERHIMPUNAN Agung UMNO yang baru berakhir Ahad ialah satu perhimpunan yang jauh berubah berbanding perhimpunan sama setahun yang lalu.

Kali ini, perhimpunan diadakan lima bulan selepas kekalahan mengejutkan Mei lalu, yang menamatkan hayat UMNO sebagai sebuah parti pemerintah.

UMNO juga diwakili kepimpinan baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden dan Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai timbalan presiden, selain pemimpin baharu sayap-sayap utama parti.

Sejak bermula perhimpunan, suasana sudah menampakkan perubahan yang besar, dengan kehadiran dan kemeriahan yang jauh merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tetapi suasana lebih sugul itu juga menunjukkan satu semangat juang dan keinsafan dalam kalangan ahli dan pemimpin tertinggi.

Ucapan awal timbalan presiden semasa merasmikan perhimpunan sayap parti menunjukkan kesediaan mengakui kesilapan dan kesediaan untuk memperbetulkan kesilapan itu.

Selepas berakhir perhimpunan, terlihat tekad UMNO untuk bangkit dan menebus semula kesilapan, dan menggalas tanggungjawab sebagai parti yang menjadi harapan orang Melayu.

Idea presiden tentang kerajaan perpaduan ditarik semula atas ketidaksetujuan ahli parti, menunjukkan demokrasi yang kukuh dalam parti.


Dua perkara yang tidak kurang pentingnya ialah pendirian parti menyaman wakil rakyat yang berpaling tadah dan membawa lari kerusi.

Pemimpin parti juga berjanji mengumpul semula aset parti yang dipegang penama-penama agar kewangan parti kukuh dan aktiviti dapat digerakkan.

Ini menampakkan keazaman untuk kembali menyusun kekuatan dan bangkit menghadapi cabaran yang semakin getir selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Perhimpunan selepas PRU14 ini memperlihatkan barisan pejuang parti masih ramai yang setia dan tidak patah semangat, serta menunjukkan kesediaan untuk bangkit melawan.

Perhimpunan sudah menunjukkan keyakinan pada pemimpin untuk menerajui parti dalam fasa baharu yang amat mencabar menghadapi Pakatan Harapan.

Walaupun dihadapkan dengan pelbagai tribulasi selepas PRU14, perhimpunan yang baru berakhir ini menunjukkan yang UMNO telah bersemangat kembali untuk meneruskan perjuangan. – Mynewshub.tv

Kategori