Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Elly Mazlein: Saya Sudah...

SELEPAS kegagalan rumah tangga yang dibina bersama Azmi Hatta, pelakon kecil molek, Elly...

Harga Minyak Statik Sepanjang...

SINGAPURA - Harga minyak naik lebih daripada 20% pada tahun ini tetapi tiada...

Dato’ Pa Menteri Paling...

SEBAGAI pemerhati politik penulis wajib memantau akaun media sosial para pemimpin politik. Terutama Facebook,...

Xiaomi Menawarkan Mi In-Ear...

Xiaomi sedia menawarkan menawarkan Mi3, Redmi 1S, Redmi Note, Mi In-Ear Headphone, dan...

UMNO Paling Ramai Ahli Dan Kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR – Dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya UMNO tidak lagi wujud adalah tidak benar sama sekali.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO secara hakikatnya mempunyai lebih ramai ahli, lebih ramai pengundi dan lebih banyak kerusi.

“UMNO waktu ini wujud, berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar di Malaysia.

“Kecuali beberapa Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti, tidak berlaku gerakan besar-besar meninggalkan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini mendakwa UMNO sudah tidak ada.

Beliau mendakwa UMNO tidak memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara, melainkan hanya mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, Mahathir menggesa seluruh ahli UMNO supaya meninggalkan parti itu dan menyertai parti beliau PPBM.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan walaupun UMNO berada dalam keadaan yang lemah dan susut pengaruh, Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini telah membuat keputusan.


Kata beliau, keputusan itu adalah untuk merawat, memulih dan membangunkan semula UMNO sebagai gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu dan Malaysia.

Tambahnya, walaupun ada beberapa pemimpin UMNO sebelum ini yang melakukan perhitungan yang tersasar, janganlah kita menghukum jutaan orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO.

“Mereka adalah ahli biasa, yang tinggal di seluruh pelusuk tanah air dan tidak melakukan apa jua kesalahan.

“Iltizam saya dan rakan-rakan ialah UMNO itu akan kami pulih dan islahkan. Apabila sampai garis masanya, UMNO bukan sahaja akan terus berkelangsungan tetapi menjadi wadah yang lebih baik dan berwibawa,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori