Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

YB Ambil Gambar Atas...

GARA-GARA aduan jalan berlubang tidak diendahkan pihak bertanggungjawab, seorang lelaki dilihat membuat aksi...

“Terkejut Saya, Iye?” –...

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador terkejut apabila dimaklumkan...

Impian Aaisyah Berlakon Dengan...

SETIAP pelakon pasti ada harapan tinggi untuk berlakon dengan aktor pujaan mereka. Ini...

Syarat Lebih Ketat Akan...

KUANTAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu syarat yang lebih ketat...

UMNO Sabah Berakhir Jika Tiada Kuasa Autonomi

KOTA KINABALU – Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah bersedia untuk keluar parti jika kuasa autonomi yang dituntut daripada UMNO Pusat tidak diberikan.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu bagi menuruti hasrat rakyat Sabah yang mahu supaya parti-parti pembangkang negeri yang kini bernaung di bawah Gabungan Bersatu Sabah (GBS) tidak terikat dengan parti dari Semenanjung.

“Presiden UMNO telah umumkan untuk memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah dan pada pendapat kami, jika kuasa autonomi itu diberikan, kita bebas untuk membuat keputusan.

“Namun sekiranya timbul konflik antara UMNO Pusat dengan negeri yang melibatkan sebarang keputusan yang dibuat atas dasar persetujuan bersama dalam GBS, kalau perlu kita menyeberangi jambatan, kita akan menyeberangi jambatan itu,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman penubuhan GBS di sini hari ini.

Terdahulu Pengerusi sementara GBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan GBS ditubuhkan secara rasmi yang diwakili semua parti pembangkang negeri iaitu UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). – UTUSAN ONLINE

Kategori