Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pesawat Singapore Airlines Terbakar,...

SINGAPURA - Sebuah pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Singapura, Singapore Airlines (SIA) menuju ke...

Menteri Luar Nafi Letak...

KOTA KINABALU - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mematikan spekulasi menerusi blog...

Polis Ditetak 10 Samseng...

BERLAGAK persis kumpulan samseng, 10 suspek lelaki kini menjadi buruan pihak polis apabila...

Cuepacs Sambut Baik Penyeragaman...

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik pelaksanaan...

Vaksin Percuma Cegah Penyakit Anjing Gila Di Miri

MIRI – Kempen pemberian vaksin percuma bagi mencegah penyakit anjing gila atau rabies di bandar raya ini akan diadakan selama dua hari bermula esok.

Jabatan Penerangan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata pemilik anjing boleh mendapatkan vaksin percuma bagi mencegah penyakit itu di tiga lokasi terpilih dari 9 pagi hingga 4.30 petang pada Sabtu dan Ahad ini.

“Tiga lokasi itu ialah gelanggang bola keranjang Lutong Shell, Taman Awam Miri, Bumiko dan Taman Bulatan Miri, Piasau Jaya,” katanya.

Menurut jabatan itu, pemilik anjing dan kucing juga boleh mendapatkan vaksin bagi haiwan peliharaan masing-masing secara percuma di Jabatan Veterinar di Pusat Perdagangan Pelita yang terletak bersebelahan dengan Bank Rakyat di sini dari Isnin hingga Jumaat mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi jabatan berkenaan melalui talian 085- 411866.

Jabatan Penerangan berkata sebagai sebahagian daripada strategi bagi mengawal penularan penyakit anjing gila di bandar raya ini, sebuah jawatankuasa telah dibentuk dengan diterajui Pejabat Residen Miri dan dianggotai pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). – BERNAMA

Kategori