Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MARA Akan Bantu Bawa...

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) bersetuju akan membantu menguruskan proses membawa pulang bekas pelajar...

Impian Anak Pemandu Lori...

NIBONG TEBAL - Pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Muhammad Aiman Afiq...

Mangsa Banjir Di Perak...

KUALA LUMPUR - Tiada perubahan bilangan mangsa banjir di Perak dan Kelantan pagi...

2 Bersaudara Didenda RM2,000...

KUALA LUMPUR - Dua bersaudara masing-masing didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh...

Wanita Cedera Tong Gas Meletup

BIDOR – Seorang wanita cedera apabila tong gas memasak tiba-tiba meletup ketika mangsa mahu menyediakan sarapan di rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Sungkai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 43 tahun, dipercayai seorang jururawat, cedera pada belakang badan dan kaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPB) negeri, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.26 pagi.

Katanya, setiba di tempat kejadian, bomba mendapati seorang wanita terbaring di atas lantai dalam keadaan cedera pada belakang badan dan kaki.

Beliau berkata, mangsa dipercayai tercampak kira-kira satu meter akibat letupan tong gas itu yang turut merosakkan cermin tingkap, alatan memasak dan bahagian siling dapur.

ā€œAnggota memakai peralatan lengkap berserta alat bantuan pernafasan masuk ke premis itu sebelum membawa keluar mangsa yang cedera dan menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital.


ā€œAnggota bomba juga mengeluarkan tong gas untuk siasatan. Dapur premis itu mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus,ā€ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 6.09 pagi. – BH ONLINE

Kategori