Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Amy Kwan Menang Pingat...

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA...

Pihak Berkuasa Siasat Kes...

GEORGE TOWN - Dakwaan pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah...

4 Maut Kemalangan Di...

SYDNEY - Empat, termasuk dua wanita terbunuh selepas berlaku kerosakan pada rakit dinaiki...

Polis Brazil Tembak Mati...

SAO PAULO - Polis Brazil menembak mati 10 suspek dipercayai ahli kumpulan perompak...

Wanita Dalam Pantang, Suami Ditahan Positif Opiat

SIK – Seorang wanita dalam pantang bersalin anak keempat dan suaminya ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat dalam operasi khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di sini, semalam.

Ketua AADK Daerah Sik, Roslin Baharom, berkata pasangan suami isteri berusia 45 dan 31 tahun itu ditahan selepas pihaknya mendapat aduan orang awam yang menyedari mereka bersama seorang anak sering kelihatan mencurigakan.

Katanya, mereka bersama seorang anak berusia empat tahun ketika operasi yang diketuai Azman Hassan bersama tiga anggota lain.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pasangan itu mempunyai empat anak berusia antara 34 hari hingga sembilan tahun.

“Anak sulung dan kedua kini dijaga nenek mereka di Kuala Pegang, Baling, manakala bayi berusia 34 hari pula dilaporkan berada di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, selepas didapati mengalami komplikasi akibat penagihan ibunya.

“Pasangan ini juga dikatakan terbabit penagihan dadah sejak beberapa tahun lalu, namun belum ada rekod tangkapan.

“Suami adalah seorang buruh, sementara isteri tidak bekerja dan mereka hidup berpindah-randah,” katanya.


Roslin berkata, pasangan suami isteri bersama anak mereka itu kemudian dibawa ke Pejabat AADK Daerah Sik untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis opiat dan akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Anak mereka pula diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk penjagaan sementara sebelum tindakan lanjut,” katanya. – BH ONLINE

Kategori