Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Doktor Keluarkan Surat Cuti...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan hari pertama terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri...

Kawalan Keselamatan Negara Terletak...

PUTRAJAYA – Rakyat berperanan dalam menjamin keselamatan negara dengan memastikan mereka tidak terpengaruh...

Pelari Maraton Tahan Bas...

New Delhi - Sebuah acara larian maraton berakhir dalam keadaan mengejutkan selepas kereta...

Gempa Terkuat Abad Ini...

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya enam orang mati setelah gempa bumi berukuran 8.1 skala Richter...

Wanita Lalok Dadah Gigit Kemaluan Kekasih

GARA-gara sedang khayal akibat pengaruh dadah, seorang wanita bertindak menggigit kemaluan kekasihnya semasa mereka sedang melakukan hubungan seks.

Polis memaklumkan mereka telah dihubungi seorang lelaki yang mendakwa wanita tersebut cuba menggigit kemaluannya.

Sebaik tiba di lokasi kejadian di Hanahan, sebuah bandar yang terletak kira-kira 15 batu dari utara Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarika (AS), mereka menyaksikan adegan seolah-olah seperti filem ‘seram’.

Polis berkata wanita tersebut dalam keadaan berbogel, merangkak di atas lantai dan berlumuran darah.

Wanita tersebut enggan menyerah diri dan memaksa polis menggunakan stun gun.

“Sejujurnya ia mengingatkan saya dengan sesuatu yang anda dapat lihat dalam aksi filem ngeri,” kata jurucakap polis.

Wanita dan lelaki yang mendakwa diserang kekasihnya itu dibawa ke hospital dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam Isnin lalu.


Keadaan lelaki tersebut tidak dapat dipastikan dan tiada pertuduhan difailkan.

Difahamkan semasa kejadian, wanita tersebut melakukan hubungan seks dengan dua orang lelaki.

Seorang lagi lelaki dilaporkan tidak dicederakan. – Metro.co.uk/mStar Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori