Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Akan Kongsi Kisah...

APAKAN daya, jodoh penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy tidak kesampaian apabila...

Syarikat China ‘Paksa’ Pekerja...

BEIJING — Sebuah syarikat China berusaha menggalakkan semua pekerjanya untuk menghormati ibu bapa mereka...

Panda Lebih Subur Jika...

HASIL penyelidikan jurnal Nature Communications (H/T Washington Post) baru-baru ini menunjukkan bahawa kuasa...

Ganja Tingkatkan Tahap Kesuburan...

SAINTIS di Amerika Syarikat mendapati ganja ada kaitan dengan tahap kesuburan lelaki. Bloomberg melaporkan...

Wanita UMNO Harap SPRM Dapat Bersikap Adil

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi keadilan sebaik-baiknya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkataz Wanita UMNO juga berharap mantan Timbalan Perdana Menteri itu diberi hak dan peluang untuk membela diri dan mendapatkan keadilan sepenuhnya berdasarkan kepada prinsip ‘rule of law’.

“Selagi tidak disabitkan hukuman, Ahmad Zahid berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip perundangan ‘presumption of innocence’.

“Ini suatu ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Wanita UMNO mendoakan semoga Allah sentiasa mengurniakan kecekalan dan ketabahan kepada beliau dalam menghadapi ujian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini berkata, Wanita UMNO berasa simpati terhadap Ahmad Zahid dan akan terus menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin bertujuan memohon pertolongan Allah.

“Wanita UMNO Malaysia akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden UMNO,” katanya.


Ahmad Zahid dijangka ditahan oleh SPRM petang ini sebelum didakwa di makamah esok berhubung isu salah guna dana Yayasan Akal Budi yang ditubuhkannya untuk membayar kad kredit.

Beliau namun menegaskan perkara itu berlaku kerana kesilapan pegawainya dalam membuat pembayaran, malah telah memulangkan semula wang yayasan yang digunakan itu pada 2016. – MYNEWSHUB.TV

Kategori