Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Komposer Lagu Titanic Maut...

KOMPOSER runut bunyi filem terkenal Titanic, James Horner dilaporkan maut dalam satu nahas...

Pelajar Disoal Siasat Di...

SEPANG - Seorang daripada tiga pelajar Malaysia yang disoal siasat Polis Greater Manchester...

“Saya Lebih Selesa berdiam...

JIKA sebelum ini Emma Maembong menyatakan yang dia akan terus bernikah tanpa bertunang....

UMNO Sanggup Bentang Akaun...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO sanggup membentangkan akaun...

Warga British Maut Dipercayai Dibunuh Isteri Sendiri

LANGKAWI – Seorang warga British berumur 62 tahun ditemukan mati selepas dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh isterinya dalam sebuah rumah di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kes itu berkata mayat John William Jones dijumpai terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai ruang tamu rumah berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Sejurus menerima panggilan daripada seorang jiran pasangan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Padang Matsirat telah berkejar ke tempat kejadian dan mendapati isteri si mati masih berada di sisi mayat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebilah pisau sepanjang kira-kira 30cm dipercayai digunakan untuk menikam mangsa turut ditemui di atas lantai bilik tidur pasangan itu.

Menurut Mohd Iqbal, isterinya yang berumur 62 tahun yang juga warga British itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Kategori