Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Banjir: Bantuan Wang Hampir...

KOTA KINABALU - Sejumlah hampir RM1 juta yang berjaya dikutip akan diagihkan kepada...

Agong Sekali Lagi Bantu...

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Kenapa MoU MIDA, CCCC...

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng diminta menjelaskan dakwaan berhubung pemberian tanah dan...

Larangan Merokok Di Premis...

KUALA LUMPUR - Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa...

Warga Emas Perlu Ditemani Anggota Keluarga Semasa E-Undi

KUALA LUMPUR — Warga emas perlu ditemani oleh waris atau anggota keluarga ketika mengundi secara elektronik (e-undi) pada pemilihan parti PKR yang sedang berlangsung ketika ini, kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata ia bagi mengelak warga emas yang tidak mahir menggunakan peranti teknologi seperti tablet daripada dipengaruhi oleh pengawas bertugas di bilik mengundi yang didakwa penyokong calon-calon tertentu.

Oleh itu, beliau mengingatkan anggota keluarga supaya mengiringi warga emas ke dalam bilik mengundi untuk membuat pilihan masing-masing.

Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog terbuka kementerian bersama industri di sini hari ini.

PKR dilaporkan menyediakan 600 tablet untuk digunakan dalam pemilihan parti.


Seramai 800,000 ahli akan memilih pemimpin secara langsung melalui pengundian yang akan dilakukan pada hari-hari tertentu yang ditetapkan mengikut negeri.

Setakat ini, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah selesai mengadakan pengundian manakala Selangor dijadual mengadakan ​​pemilihan pada 14, 21 dan 28 Okt, Melaka dan Negeri Sembilan pada 20 Okt, Sabah pada 3 dan 4 Nov dan Sarawak pada 10 Nov ini. – BERNAMA

Kategori