Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Israel Dedah Video Lokasi...

RAFAH - Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas...

Instagram Anak Awal-Scha, Lara...

Belum pun dapat merangkak, berjalan apatah lagi bercakap, tapi sudah popular macam kedua-dua...

Perkuburan Mumia Terbesar Ditemui...

FAIYUM, Mesir – Sebuah tanah perkuburan terbesar yang mempunyai satu juta mumia telah...

GAMBAR: Pura-Pura Kenal Pesakit...

JANGAN disangka air yang tenang tidak ada buaya.Peribahasa ini amat sesuai digunakan untuk...

Warga Nepal Didakwa Bunuh Rakan Senegara

TANGKAK – Seorang pekerja kilang perabot warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, minggu lepas.

Tamang Man Bahadur, 22, didakwa membunuh Pradhan Ranjit, 25, di sebuah kilang perabot di Jalan Kesang Laut, Kesang di sini, antara 10 malam dan 11.30 malam, 15 Okt lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Norina Maludin, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 15 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mental tertuduh di Hospital Permai, Johor Bahru mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran manakala Tamang tidak diwakili peguam. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori