Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Cucu Belasah Nenek Sendiri...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian...

MICPA Terus Bekerjasama Pihak...

KUALA LUMPUR – Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) akan terus bekerjasama dengan...

Elak Lakukan Aktiviti Berat...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti...

Buah Kelapa Laut Dapat...

BALING - Peniaga buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai...

Warga Syria Direman Akan Dihantar Balik Negara Asal

PUTRAJAYA – Lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar yang sedang direman 14 hari kerana tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lepas akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam waktu terdekat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu terpaksa diambil setelah Hassan menolak untuk tinggal di beberapa negara anggota ASEAN yang sudi menerimanya dan hanya mahu ke Kanada yang menetapkan dia hanya boleh memasuki negara itu dalam masa dua tahun dari sekarang.

“Malaysia tidak boleh membiarkan dia tinggal di klia2 selama 24 bulan. Jadi saya berharap Hassan menukar fikiran dan tinggal di mana-mana negara yang sudi menerimanya sementara berhijrah ke Kanada,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Hassan, 36 ditahan polis Isnin lepas kerana berada di ‘kawasan yang dilarang’ di klia2 dan direman selama 14 hari.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali ketika mengumumkan penahanan Hassan pada Selasa lepas berkata warga Syria itu bertindak memalukan Malaysia melalui pelbagai kenyataan di media sosial sejak memasuki Malaysia 7 Mac lepas. Dia juga memberikan alasan enggan pulang ke Syria kerana bimbang dipaksa menjadi tentera. – BERNAMA

Kategori