Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Seorang Daripada 9 ADUN...

KANGAR - Seorang daripada sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

Keputusan PSRA Selangor Diumum...

SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Selangor bagi Sesi...

Jangan Jadi Jaguh Tularkan...

KUALA BERANG - Jangan sibuk untuk menjadi jaguh dengan cara tularkan berita di...

Operasi SAR Warga Pakistan...

DUNGUN - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Pakistan yang dikhuatiri...

Warkah Terbuka Hari Terakhir Warga Jasa Kepada PM

HARI ini, secara kebetulan Jumaat yang dianggap sebagai penghulu segala hari bagi umat Islam; merupakan hari terakhir buat hampir 1,200 kakitangan kontrak Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Ia susulan penamatan kontrak mereka berkuat kuasa pada 15 Oktober ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas alasan kononnya mereka merupakan petugas lantikan politik era pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

Susulan pembuangan mereka itu secara beramai-ramai, portal BNP menyiarkan satu warkah terbuka daripada kakitangan Jasa yang terlibat dan ditujukan khas kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menerusi surat tersebut, mereka melahirkan perasaan terkilan atas keputusan ‘balas dendam’ kerajaan baharu yang berjaya menutup pintu rezeki mereka walhal ada antaranya gigih berkhidmat tanpa jemu selama lebih sedekad.

Mereka turut menyifatkan perkara itu sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap bukan sahaja pekerja jabatan berkenaan, bahkan juga ahli keluarga yang ada masih kecil dan bersekolah selain perlu menanggung ibu bapa.

Berikut ialah warkah terbuka kakitangan Jasa kepada Mahathir:

Warkah Terbuka Warga JASA Buat Tun

Assalamualaikum Tun,

Beberapa hari sahaja lagi riwayat kami akan berakhir sebagai penjawat awam atas arahan Tun. Semakin dekat tarikh 15 Oktober hati semakin gusar gulana kerana bakal kehilangan satu-satunya punca rezeki untuk tampung keluarga.

Dengan faktor umur 40 tahun ke atas, siapalah yang hendak menggajikan kami sebagai pekerja mereka. Tambahan pula, kami juga perlu bersaing sengit dengan adik-adik yang jauh lebih muda usianya daripada kami.

Sehingga kini, kami masih lagi tertanya-tanya apakah kesalahan dan dosa yang kami sudah lakukan sehinggakan Tun tergamak untuk memberi arahan bagi langsung menamatkan kontrak perkhidmatan kami.

Keputusan kerajaan untuk membubarkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) memberi kesan kepada kira-kira 1,200 kakitangannya. Keputusan drastik itu sebagai satu bentuk penganiayaan kepada kami. Kami bukan lantikan politik.

Kami perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta proses temuduga ketat untuk kelayakan dan pengalaman kerja, bukan semua ditamatkan kontrak ini ialah lantikan politik.

Di manakah keadilan dan janji Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bahawa kami akan diserap masuk ke mana-mana agensi lain di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia?


Kami merasakan diri kami adalah mangsa permainan politik kerajaan PH. Apabila kami sudah diterima bekerja, kami hanya menurut perintah. Kami tidak boleh mengatakan tidak kepada arahan yang diberikan itu.

Jika tidak mengikut arahan tersebut, maka akan diambil tindakan tatatertib dan boleh dibuang kerja. Kami kakitangan Jasa ini turut berkhidmat untuk pentadbiran ‘government of the day’ (kerajaan hari ini).

Tahukah Tun bahawa kami merupakan benteng hadapan yang pertahankan kerajaan sedia ada? Kami merupakan pejuang-pejuang yang berada di belakang kerajaan untuk menyampaikan segala dasar negara kepada rakyat.

Jangan Tun lupa bahawa Jasa ditubuhkan semasa pemerintahan Tun sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dulu. Apakah tindakan ini adalah untuk menyelamatkan beban kewangan negara?

Kalau ya, kenapa pula kami menjadi mangsa? Kami terpaksa berdepan dengan persepsi negatif daripada orang ramai yang mengatakan bahawa kami konon merupakan lantikan politik dan patut diberhentikan.

Tun, antara kami ini ada yang merupakan ibu tunggal, suami dan bapa yang menjadi satu-satunya punca rezeki keluarga. Terdapat juga yang menghidap menyakit kronik dan memerlukan rawatan susulan setiap bulan.

Di manakah belas ihsan Tun kepada kami? Ketika Tun bergembira bersama-sama dengan keluarga, terfikirkah oleh Tun mengenai nasib kebajikan kami pekerja-pekerja kontrak yang telah diberhentikan?

Kami juga mempunyai impian yang sama seperti Tun untuk ingin melihat anak-anak berjaya dalam hidup namun semuanya kini hancur berderai.

Bagaimanapun kami tetap menaruh harapan semoga Tun dapat berlembut hati dan memberi sinar harapan kembali buat kami dan keluarga.

Dari Kami Insan-Insan Yang Teraniaya.

#JASAdalamkenangan

Kategori