Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Menteri Tak Setuju KTMB...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menggesa Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengkaji semula tambang...

Naik Taraf Lapangan Terbang...

LAHAD DATU - Projek menaik taraf dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu...

20 Dikhuatiri Hilang, Helikopter...

BANGKOK - Lebih 20 penumpang hilang selepas sebuah helikopter tentera di Laos terhempas...

Banjir Di Kedah Menurun...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pada 12 tengah hari...

Wartawan Penyiaran Bulgaria Dirogol, Dibunuh

SOFIA – Seorang wartawan penyiaran diperkosa dan dibunuh di utara bandar Ruse, Bulgaria kata pendakwa dan menteri semalam.

Mayat Viktoria Marinova, 30 ditemui Sabtu lalu berhampiran satu kawasan riadah di Danube, Ruse kata pendakwa, Georgy Georgiev.

Kematiannya disebabkan oleh hentakan di kepala dan lemas serta dipercayai berlaku pada siang hari, tambahnya.

“Telefon mudah alih, kunci kereta, cermin mata dan sebahagian pakaian mangsa didapati hilang,” kata Georgiev sambil menambah pihak pendakwa sedang meneliti semua kemungkinan, peribadi mahupun berkaitan kerjaya Marinova.

Menteri Dalam Negeri, Mladen Marinov kemudian mengesahkan kepada wartawan bahawa mangsa turut diperkosa.

Marinova mengendalikan sebuah program bual bicara hal ehwal semasa dikenali sebagai “Detector” untuk sebuah stesen televisyen swasta kecil, TVN di Ruse. Program ini dilancarkan semula baru-baru ini.


Episod pertama pada 30 September lalu memaparkan wawancara bersama wartawan penyiasatan, Dimitar Stoyanov dari laman web Bivol.bg dan Attila Biro dari Rise Project Romania, mengenai siasatan dakwaan penipuan membabitkan dana Kesatuan Eropah (EU) yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dan ahli politik ternama.

Pasangan itu ditahan pihak polis ketika cuba menghentikan proses memusnahkan dokumen yang dikaitkan dengan skim berkenaan. Ia sekali gus mengundang kecaman Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).

“Kami amat terkejut. Setakat ini kami tidak pernah menerima sebarang bentuk ancaman yang menyasarkan diri beliau mahupun stesen televisyen,” kata seorang wartawan TVN yang tidak mahu dikenali kepada AFP. – BH Online

Kategori