Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Lelaki Bangladesh...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang lelaki warga...

Iran Tingkat Perisikan Siber...

BRUSSELS - Iran kemungkinan meluaskan aktiviti perisikan sibernya ketika hubungannya dengan kuasa Barat...

4,000 Sukarelawan Bina 15...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 4,000 sukarelawan akan membantu membina semula 15 rumah...

Sugu Pavithra Buat Kemunculan...

IPOH - Peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' boleh melihat semula kemunculan pasangan itu...

Zahid Beri Keterangan Kali Keempat Di SPRM

PUTRAJAYA – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk memberi keterangan dipercayai berhubung siasatan dakwaan kes penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ini merupakan kemunculan keempat Ahmad Zahid di khalayak ramai setelah SPRM mengarahkan beliau hadir pada hari ini.

Ahmad Zahid yang datang menaiki kenderaan Toyota Land Cruiser berwarna putih tiba pada kira-kira 9.15 pagi tanpa polis pengiring. Polis dilihat mengawal ketat perkarangan bangunan SPRM.

Ahmad Zahid yang berpakaian batik bercorak petak berbunga diiringi beberapa pegawai SPRM dan terus masuk ke perkarangan bangunan itu dan hanya melambai-lambai kepada puluhan wakil media yang merakamkan gambarnya.

Difahamkan, Ahmad Zahid akan memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Selain Ahmad Zahid, turut dilihat adalah anak kepada bekas timbalan perdana menteri berkenaan, iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, yang dipercayai menemani bapanya.

Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa kelihatan berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 8 pagi untuk membuat liputan kes berkenaan..


Isnin lepas, Ahmad Zahid menerusi laman Twitter rasminya berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Semalam, Ahmad Zahid hadir memberi keterangan kali ketiga berhubung kes yang sama selama lapan jam di SPRM di sini.

Pada Julai lepas, Ahmad Zahid memberi keterangan sebanyak dua kali kepada SPRM berhubung siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal. – BERNAMA

Berita lanjut menyusul..

Kategori