Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rentung Direnjat Talian Elektrik...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditemui rentung dipercayai akibat terkena renjatan elektrik yang...

Anak Bunuh, Kerat Badan...

KEJAM… Seorang lelaki berusia 26 tahun telah bunuh bapanya, mengerat mayatnya termasuk memotong...

Penjual Mengaku Tak Bersalah...

PORT DICKSON – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini,...

GST Beri Impak Positif...

KANGAR - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) berjaya memungut hasil cukai tidak langsung...

Ziarah Al-Aqsa Tanda Sokongan Buat Palestin – Mufti

SOLIDARITI… Umat Islam di seluruh dunia diseru supaya terus mengunjungi Masjid Al-Aqsa walaupun menghadapi pelbagai tekanan oleh tentera Israel.

Ketika membuat seruan itu, Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Ahmad Husein berkata, ia sebagai tanda sokongan moral umat Islam dunia kepada rakyat Palestin.

Kata beliau, menerusi cara itu juga secara tidak langsung boleh menjana ekonomi penduduk Palestin khususnya di wilayah tersebut.

“Sememangnya ada tekanan oleh tentera Israel kepada mereka yang berhasrat mengunjungi Masjid Al-Aqsa tetapi itu hanya sebahagian kecil daripada penderitaan dialami oleh penduduk Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke masjid tersebut di sini semalam.

Berangkat sama ialah anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Tinggi Hal Ehwal Islam Al-Quds, Dr. Ekremah Said Sabry.

Turut serta ialah Pengarah Wakaf Al-Quds, Syeikh Azam Al-Khatib; Menteri Al-Quds, Ir. Adnan Al-Husaini; Mufti Al-Quds, Syeikh Adnan Ghaith dan Pengarah Masjid Al-Aqsa, Syeikh Omar Al-Kiswani.

Tuanku Syed Faizuddin diiringi oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor.


Dalam lawatan itu, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs, sempat menunaikan solat Jumaat sebelum menyampaikan sumbangan sebanyak 30 buah kerusi roda oleh majlis agama itu bagi kegunaan para jemaah.

Dalam pada itu, Sheikh Mohammad yang juga penjaga Masjid Al-Aqsa memberitahu, nasib penduduk Palestin semakin tertindas sejak Perjanjian Oslo pada 1993.

“Bilangan penduduk Israel semakin meningkat, malah hasrat kami untuk memperingati seorang tokoh pendidik tempatan baru-baru ini, telah dihalang,” katanya.

Perjanjian Oslo memberikan Israel penguasaan penuh terhadap ekonomi Palestin, hal awam dan keselamatan daripada 60 peratus kawasan Tebing Barat.

Sheikh Mohammad seterusnya menyeru mereka yang ingin membuat sumbangan supaya menyalurkannya melalui saluran rasmi seperti Duta Palestin di Kuala Lumpur dan Menteri Wakaf Jordan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori