Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Geely-Proton Sasar Keluar 280,000...

TANJUNG MALIM – Kerajaan menyasarkan pengeluaran kira-kira 280,000 unit kereta bagi pasaran Asia...

Kereta Perodua Turun Harga...

KUALA LUMPUR - Perodua menurunkan harga kenderaan keluaran syarikat itu antara 0.1 hingga...

D’Herbs Hampir Pasti Taja...

ALOR SETAR - Juara Liga Perdana 2015, Kedah semakin hampir mendapatkan syarikat bumiputera...

Pastikan Maklumat Sahih Sebelum...

CYBERJAYA - Adakah semua maklumat yang terpapar di internet, khususnya melalui media sosial...

Ziyad Pertahan Emas, Cipta Rekod Lagi

JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekali lagi mempertahankan pingat emas yang pernah dimenangi di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu.

Ia apabila memenangi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) lelaki dalam Sukan Para Asia di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia hari ini.

Lebih manis pemegang rekod dunia itu, turut perbaharui rekod temasya selepas lontaran 16.94 meter yang dilakukan memadam rekod lama miliknya sendiri, 15.31m yang dicipta di Korea Selatan 2014.

Emas Muhammad Ziyad tersebut adalah yang ke-14 buat kontinjen Malaysia, sekali gus meletakkan mereka hanya kekurangan sebutir lagi emas untuk memenuhi sasaran 15 emas yang ditetapkan.

Selain itu, Malaysia turut dominasi acara lontar peluru F20 selepas seorang lagi atlet Malaysia, Aliff Mohamad Awi meraih perak dengan catatan 13.09m manakala gangsa milik wakil Thailand, Sanepoot Boonkong (13.01m).


Muhammad Ziyad, 28, merupakan pemegang rekod dunia dalam acara berkenaan dengan catatan 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, tahun lalu. – Utusan Online

Kategori