Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan Kes SRC Najib...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

Jepun Mula Fasa Keempat...

TOKYO - Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat...

FAMA cadang Ambil Tindakan...

TASEK GELUGOR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah...

Jenayah Menyamar Rakan Pinjam...

PETALING JAYA : Jenayah menyamar sebagai `rakan’ dan meminta pinjam wang dengan alasan...

105 Ditahan Dalam Ops Bersepadu Di Wilayah Iskandar

ISKANDAR PUTERI – Polis telah menahan seramai 105 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam Operasi Bersepadu di wilayah Iskandar di sini bermula petang semalam sehingga awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata mereka yang berusia antara 19 hingga 50-an ditahan kerana pelbagai kesalahan antaranya menganggotai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, menggaji pekerja asing tanpa permit, menghalang anggota penguatkuasa menjalankan tugas dan memiliki racun berbahaya.

Selain itu, seramai 72 daripada mereka ditahan kerana tidak memiliki memiliki dokumen perjalanan sah iaitu membabitkan warga asing dari Indonesia, Myanmar, Vietnam, China dan Mongolia.

“Operasi turut merekodkan kesalahan penyalahgunaan dadah, yang mana seramai 12 lelaki dan dua wanita ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sembilan lelaki ditahan mengikut Akta Racun 1952 kerana memiliki air ketum yang dianggarkan kira-kira tiga liter dipercayai untuk kegunaan sendiri.

“Operasi juga berjaya merampas empat motosikal yang dilaporkan hilang di daerah Johor Bharu Utara, Kulai dan Sungai Petani,Kedah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


Menurut Dzulkhairi, operasi itu yang pada keseluruhannya memeriksa seramai 313 individu iaitu 238 lelaki dan 75 wanita telah dilaksanakan di beberapa tempat termasuk premis perniagaan yang beroperasi selama 24 jam dan pusat-pusat hiburan sekitar Bukit Indah, Nusa Bestari, Gelang Patah dan Kangkar Pulai.

Kesemua tangkapan telah pun dibawa ke IPD Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori