Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja,...

KUALA LUMPUR : Pegawai polis wanita yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota...

Presiden Pakistan Setuju Bubar...

ISLAMABAD – Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi membubarkan Dewan Negara atas nasihat Perdana...

1MDB: Penjualan Edra Global...

KUALA LUMPUR - Penjualan Edra Global Energy Berhad tidak akan memberi kesan kepada...

PPM Gagalkan Cubaan Seludup...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan satu cubaan menyeludup keluar 50...

116 Orang Di Kluang, Batu Pahat Terjejas Banjir Kilat

JOHOR BAHRU – Seramai 116 orang daripada 25 keluarga di Kluang dan Batu Pahat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir kilat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata kesemua mereka adalah 41 orang daripada sembilan keluarga di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam dekat Kluang manakala 75 orang daripada 16 keluarga lagi dari Kampung Parit Jayus 3 dan 4, Seri Medan, dekat Batu Pahat.

“Setakat 10 pagi ini, kesemuanya ditempatkan di PPS Dewan Kampung Kolam Air yang dibuka mulai 8 pagi semalam dan Balai Raya Parit Jayus 4 yang dibuka 3.30 petang semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mat Zin berkata pemantauan berhubung banjir kini sedang dilakukan oleh pelbagai agensi serta pejabat daerah masing-masing. – BERNAMA

Kategori