HANOI – Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di bahagian tengah Vietnam ketika ratusan anggota tentera dikerah untuk membersihkan kawasan perkampungan dan jalan yang musnah.
Hujan lebat menjejaskan wilayah Khanh Hoa sejak beberapa hari lalu ketika ribut Toraji membawa angin kencang dari Laut China Selatan yang mengakibatkan tanah runtuh serta memusnahkan rumah dan empangan kecil.
Sekurang-kurangnya sedozen manusia terkorban setakat ini manakala misi mencari dan menyelamatkan mangsa lain diteruskan di beberapa tempat lain, menurut seorang pegawai dari pejabat bencana wilayah kepada AFP yang enggan namanya disiarkan.
“Kami mengerah ratusan anggota tentera membantu penduduk memulihkan kehidupan mereka dan membersih jalan yang rosak,” katanya.
Khanh Hoa, tempat yang popular kepada bandar pesisir pantai Nha Trang dilanda taufan Damrey, tahun lalu yang membunuh 27 orang. – AFP/BH ONLINE