Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Guna Saluran Betul Kalau...

ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun...

Muhyiddin Tak Terbabit Keputusan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak...

Kualiti Udara Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya lapan...

Op Mega: 73 PATI...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 73 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

16 Premis Rumah Urut Di KL Diarah Tutup

KUALA LUMPUR – Enam belas daripada 22 premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen dalam operasi khas rumah urut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malam tadi.

“Pihak kami telah memeriksa 22 premis rumah urut dan semua dikenakan tindakan sita barang-barang perniagaan mereka seperti kerusi lipat, khemah, dan ‘decoder rakaman litar tertutup (cctv)’”, kata Pengarah Penguatkuasa DBKL Azman Mahmood.

Daripada jumlah itu, 16 premis dikenakan tindakan penutupan premis.

“Operasi ini dilakukan oleh 22 pegawai dan anggota DBKL bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi tadi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata DBKL akan terus bergiat aktif dalam membanteras premis-premis rumah urut yang beroperasi tanpa lesen dan akan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang ingkar.- BERNAMA

Kategori