Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

Syria Belum Sahkan Jumlah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar...

Lelaki ‘Belagak’ Polis Nak...

Alahai...semata-mata ingin berhibur secara percuma, seorang lelaki sanggup berlagak dan menyamar sebagai seorang...

Ferrari Kuning Milik Zizan...

SUDAH menjadi lumrah menjadi selebriti, tidak kira dimana saja mereka berada pasti ada...

Kerajaan Sasar Tingkat Mutu...

BANGI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan supaya mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan ke...

184 Veteran Dan 28 Balu Di Johor Terima Pingat Jasa Malaysia

MUAR – Sebanyak 184 veteran tentera dan 28 balu hari ini menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi peringkat negeri Johor dalam satu majlis yang diadakan di Dewan SBJ, Bakri di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata tujuan penyampaian pingat itu adalah bagi menghargai dan mendekati para veteran tentera serta balu yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara.

“Pihak kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran sentiasa menjaga kebajikan bekas tentera dan memberi pelbagai bantuan termasuk dari segi bantuan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak bekas veteran dan lain-lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Mohamad berkata terdapat kira-kira 300,000 orang veteran berpencen dan tidak berpencen di seluruh negara dan ada daripada mereka yang tinggal jauh di luar bandar dan tidak mempunyai maklumat tentang bantuan yang berhak mereka terima.


Pada majlis tersebut, Mohamad turut menyampaikan Anugerah Ikon kepada 10 usahawan veteran yang mendapat bantuan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (SPMUV).

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara berkata proses persiapan bagi Konvensyen Amanah yang akan berlangsung di Perak pada 14 hingga 16 Dis ini berjalan dengan lancar. – BERNAMA

Kategori