Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Datuk Fadzilah: Tips Kekal...

MENJADI satu pemandangan biasa apabila ramai umat Islam lebih melipat gandakan amalan sunat...

Operasi Tembak Gagak Di...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan operasi menembak burung...

SPRM Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas...

Amah Patah Kaki Ketika...

ELEANORE Ajami merupakan pereka fesyen terkenal Lubnan namun dia kini dipalit kontroversi selepas...

2 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka Di Temerloh

KUANTAN – Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Temerloh dekat sini, lewat malam tadi, bagi menempatkan 27 mangsa banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buluh.

Katanya, 22 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor, manakala lima mangsa daripada dua keluarga berada di Dewan Kampung Sungai Buluh.

“Kawasan kampung mereka dinaiki air limpahan dari Sungai Semantan ekoran hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam. Bagaimanapun, paras air sungai itu dilaporkan sedang dalam trend menurun pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori