LONDON – Seramai 21 pendatang haram Vietnam dijumpai bersembunyi dalam sebuah trak yang membawa air mineral dari Perancis menuju ke Britain, kata sumber Kementerian Dalam Negeri United Kingdom (UK), hari ini.
Mereka terdiri daripada 10 dewasa dan 11 kanak-kanak dijumpai pada 1 November lalu semasa pemeriksaan ke atas sebuah trak yang tiba pelabuhan di Newhaven, tenggara England dengan feri dari Dieppe di timur laut Perancis.
Sumber berkata, kanak-kanak bawah umur itu kini sedang dijaga oleh perkhidmatan sosial.
Katanya, 10 pendatang terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita.
Tambahnya, seorang lelaki berumur 18 tahun dan wanita berusia 27 tahun dihantar pulang dari Britain manakala baki selebihnya yang berusia 21 hingga 28 tahun dikehendaki melaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, pemandu trak terbabit warga Romania, Andrut Mihai Duma berusia 29 tahun didakwa Jumaat lalu kerana membantu kemasukan pendatang secara haram ke Britain. – AFP/BH ONLINE