Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Tak Patut...

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang dan menghalau Ahli Parlimen Kluang,...

LRT3 Diteruskan, Dengan Belanja...

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3...

Zahid Terima Kejutan Hari...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima ‘kejutan’ sambutan...

Bekas Kekasih Jim Carrey...

BEKAS kekasih kepada aktor serta pelawak Hollywood terkenal, Jim Carrey telah ditemui mati...

28 Paus Mati Terdampar Di Australia

MELBOURNE – Sebanyak 28 ikan paus ditemui mati terdampar di kawasan terpencil di tenggara Australia semalam, dalam insiden yang mengejutkan pakar.

Seorang juruterbang yang menerbangkan pesawat persendirian di Taman Negara Croajingolong di Victoria menemui 27 paus pandu dan paus kelasa di pantai berkenaan tengah hari kelmarin.

Satu lawatan awal oleh pihak berkuasa taman kemudian menemui lapan daripada paus masih hidup namun dalam keadaan kritikal.

Ketika renjer kembali semula semalam, kesemuanya mati, kata pihak berkuasa.

Paus kelasa didapati mati dulu sebelum yang lain dalam insiden berasingan.

Seorang pegawai taman Victoria, Gail Wright berkata, sampel diambil daripada bangkai paus untuk mengenal pasti bagaimana haiwan itu terdampar.

“Ia satu daripada misteri hebat, kami tidak tahu mengapa ia berlaku,” katanya menambah, ini kemungkinan insiden terbesar di bahagian Australia itu sejak awal 1980-an.


Sehingga 145 paus pandu ditemui terdampar hujung minggu lalu di bahagian terpencil selatan New Zealand.

Separuh daripada haiwan itu sudah mati dan bakinya dibunuh kerana tiada peluang menyelamatkan mereka di lokasi terpencil.

Punca kenapa paus dan ikan lumba-lumba terdampar tidak diketahui namun faktor terbabit mungkin termasuk sakit, kesilapan pengemudian, keadaan muka bumi, penurunan arus secara mendadak, dikejar pemangsa dan cuaca melampau. – AFP/BH ONLINE

Kategori